Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Perkataan KV + KV + KV

Kita dah pernah belajar perkataan KV + KV
Hari ini kita nak belajar perkataan KV + KV + KV
Ayuh ikut kita.


kerusi


kamera

kereta

perahu
peluru


menara

kelapa
Kita dah belajar perkataan baharu hari ini.
Kita suka sangat. 
Kita nak buat latihan pula. 
Jom ikut kita.


Bahasa Melayu : Pesan Untuk Kawan


Wahai kawan ingatlah pesan,
Jangan lupa rakan dan taulan,
Hidup bersama secara berpasukan,
Jauhkan sikap suka bermusuhan.

Jangan lupa jasa guru,
Kerana mereka mencurahkan ilmu,
Pagi petang tiada jemu,
Untuk mendapat kejayaan yang satu.

Wahai kawan ingin kuulang,
Bukalah buku di setiap simpang,
Jangan di bazir waktu yang lapang,
Untuk menjadi ilmuwan terbilang.

Hidup berbudi nama dipuji,
Akan menjadi kenangan abadi,
Jangan lupa mengulang kaji,
Demi kejayaan diri sendiri.

Jangan lupa hidup berpanduan,
Kalau tidak hilang pedoman,
Nanti menjadi seorang banduan,
Hidup menjadi satu hinaan.

Cara penggunaan :
1.     Murid diminta mengikut bacaan guru.
2.   Murid diminta mengulang kembali bacaan dengan sebutan yang betul dan jelas.
3.   Murid diminta menyatakan pesanan yang terdapat di dalam syair
Contoh :
a.   Jauhi sikap suka bermusuhan

4.   Murid diminta menulis kembali pesanan-pesanan tersebut di dalam buku latihan.
5.   Hasil kerja murid disemak.


Lembaran Kerja Bahasa Melayu : Si Helang

Kamu dah baca cerita pendek Si Helang pada "post" yang lepas?
Sekarang kita cuba buat latihannya pula. 

Kita tengok perkataan yang telah diwarnakan

  1. helang
  2. layang
  3. renang
  4. sarang
  5. senang
  6. sayang
  7. pulang
  8. girang
Sebut perkataan yang telah disenaraikan.
Kemudian cuba tulis semula perkataan-perkataan itu di dalam buku latihan.

Selamat Belajar!


Lembaran Kerja Bahasa Melayu : KV + KV

Kita sudah belajar perkataan-perkataan KV+KV.
jadi ayuh kita uji kefahaman kita. 


lembaran kerja
klik untuk besarkan


Macam mana nak jawab?
Gabungkan perkataan KV menjadi perkataan KV+KV

SELAMAT MENJAWAB!


Cerita Pendek : Si Helang

Si Helang

Ada seekor helang.
Selalu terbang melayang-layang.
Suka hinggap di pohon rendang.
Mencari mangsa sedang berenang.
Ikan disambar.
Kaki helang mencengkam.
Terbanglah ia membawa rezeki pulang ke sarang.
Anak helang berasa senang.
Ibu tersayang sudah pulang.
Paruh helang runcing lagi tajam.
Daging dipagut senang.
Anak helang kini girang.