Wahai kawan ingatlah pesan,
Jangan lupa rakan dan taulan,
Hidup bersama secara berpasukan,
Jauhkan sikap suka bermusuhan.
Jangan lupa jasa guru,
Kerana mereka mencurahkan ilmu,
Pagi petang tiada jemu,
Untuk mendapat kejayaan yang satu.
Wahai kawan ingin kuulang,
Bukalah buku di setiap simpang,
Jangan di bazir waktu yang lapang,
Untuk menjadi ilmuwan terbilang.
Hidup berbudi nama dipuji,
Akan menjadi kenangan abadi,
Jangan lupa mengulang kaji,
Demi kejayaan diri sendiri.
Jangan lupa hidup berpanduan,
Kalau tidak hilang pedoman,
Nanti menjadi seorang banduan,
Hidup menjadi satu hinaan.
Cara penggunaan :
1. Murid diminta mengikut bacaan guru.
2. Murid diminta mengulang kembali bacaan dengan sebutan yang betul dan jelas.
3. Murid diminta menyatakan pesanan yang terdapat di dalam syair
Contoh :
a. Jauhi sikap suka bermusuhan
4. Murid diminta menulis kembali pesanan-pesanan tersebut di dalam buku latihan.
5. Hasil kerja murid disemak.
No comments:
Post a Comment