Perkataan KV + KV + KV

Kita dah pernah belajar perkataan KV + KV
Hari ini kita nak belajar perkataan KV + KV + KV
Ayuh ikut kita.


kerusi


kamera

kereta

perahu
peluru


menara

kelapa
Kita dah belajar perkataan baharu hari ini.
Kita suka sangat. 
Kita nak buat latihan pula. 
Jom ikut kita.


Untuk Cikgu

Kita suka lagu ini. 
Kita nak bagi lagu ini pada cikgu kita.
Jom ikut kita nyanyi lagu ini. :)


Terima kasih Cikgu!
Kita Sayang cikgu kita.

Mari Bersenam Sambil Menyanyi

Pernah tengok video ni tak?
Ok.. Semua bangun!!!
Ambil kawasan masing-masing dan 
Ayuh!!!! kita ikut Si Tommy dan kawan-kawan!!



Seronok tak? 
kita boleh menyanyi lagi sambil gerak-gerakkan anggota badan.

Ni liriknya :

Tangan kiri di depan
di belakang
depan belakang dan goyangkan
lakukan seperti ini dan berputarlah
mudahkan caranya
uuuu... hayun bersama
uuuu... bersama-sama
uuuu... hayun bersama
tangan di depan diangkat yai yai yai..

Bahasa Melayu : Pesan Untuk Kawan


Wahai kawan ingatlah pesan,
Jangan lupa rakan dan taulan,
Hidup bersama secara berpasukan,
Jauhkan sikap suka bermusuhan.

Jangan lupa jasa guru,
Kerana mereka mencurahkan ilmu,
Pagi petang tiada jemu,
Untuk mendapat kejayaan yang satu.

Wahai kawan ingin kuulang,
Bukalah buku di setiap simpang,
Jangan di bazir waktu yang lapang,
Untuk menjadi ilmuwan terbilang.

Hidup berbudi nama dipuji,
Akan menjadi kenangan abadi,
Jangan lupa mengulang kaji,
Demi kejayaan diri sendiri.

Jangan lupa hidup berpanduan,
Kalau tidak hilang pedoman,
Nanti menjadi seorang banduan,
Hidup menjadi satu hinaan.

Cara penggunaan :
1.     Murid diminta mengikut bacaan guru.
2.   Murid diminta mengulang kembali bacaan dengan sebutan yang betul dan jelas.
3.   Murid diminta menyatakan pesanan yang terdapat di dalam syair
Contoh :
a.   Jauhi sikap suka bermusuhan

4.   Murid diminta menulis kembali pesanan-pesanan tersebut di dalam buku latihan.
5.   Hasil kerja murid disemak.


Lembaran Kerja Bahasa Melayu : Si Helang

Kamu dah baca cerita pendek Si Helang pada "post" yang lepas?
Sekarang kita cuba buat latihannya pula. 

Kita tengok perkataan yang telah diwarnakan

  1. helang
  2. layang
  3. renang
  4. sarang
  5. senang
  6. sayang
  7. pulang
  8. girang
Sebut perkataan yang telah disenaraikan.
Kemudian cuba tulis semula perkataan-perkataan itu di dalam buku latihan.

Selamat Belajar!


Uji Minda

Uji Minda kali ini adalah lebih seronok.
Nak tahu apa?
Jom tengok gambar di bawah.

Crossword Puzzle
Dah tengok gambar?
Dah klik? Ayuh uji minda kamu..

Selamat Menguji Minda!!

Lembaran Kerja Bahasa Melayu : KV + KV

Kita sudah belajar perkataan-perkataan KV+KV.
jadi ayuh kita uji kefahaman kita. 


lembaran kerja
klik untuk besarkan


Macam mana nak jawab?
Gabungkan perkataan KV menjadi perkataan KV+KV

SELAMAT MENJAWAB!


Uji Minda Kamu

Pernah uji tahap ingatan kamu? 
Ayuh kita cuba permainan yang menguji minda ini.. 



Cara bermain :
1. Cuba ingat susunan gambar yang ditunjukkan
2. Kemudian ulang kembali susunan gambar dengan menekan  
    gambar yang diberikan.
3. Teruskan permainan sehingga habis.
4. Selamat bermain dan selamat mengingat!

Ayuh Merehatkan Minda

Cara Main :

  1. Cari pasangan nombor yang menjadikan jumlah nombor tersebut menjadi "10"
  2. Halakan nombor di tengah kepada pasangan nombor di dalam rantaian nombor.
  3. Lengkapkan permainan sehingga habis.
  4. SELAMAT BERMAIN


Cerita Pendek : Si Helang

Si Helang

Ada seekor helang.
Selalu terbang melayang-layang.
Suka hinggap di pohon rendang.
Mencari mangsa sedang berenang.
Ikan disambar.
Kaki helang mencengkam.
Terbanglah ia membawa rezeki pulang ke sarang.
Anak helang berasa senang.
Ibu tersayang sudah pulang.
Paruh helang runcing lagi tajam.
Daging dipagut senang.
Anak helang kini girang.



Seuntai Kata Untuk Dirasa

blog ini merupakan blog yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada semua rakan tidak kira apa jua bidang yang diikuti. InsyaAllah blog ini mampu untuk memberi sedikit pengetahuan mengenai DUNIA PEMULIHAN  di negara kita.